Netizen Terharu Melihat Abang Food Panda Kongsi Makanan Dengan Kucing

Menjadi Rider Food Panda atau Grab Food bukan lah satu pekerjaan yang mudah. Mereka yang menjadi Rider terpaksa ke hulu ke hilir menghantar makanan dan meredah panas mahupun hujan.

Pada 6 Januari yang lalu, viral di internet apabila gambar seorang abang rider food panda yang berkongsi rezeki dengan kucing dimuat naik di Twitter.

Individu yang memuat naik gambar itu telah menulis caption “Dia boleh duduk makan sama-sama share rezeki dia dengan kucing kucing tu kau tahu tak! Kau rasa tak penat lelah apa yang dia kena hadap hari-hari! Kau dengan orang-orang kaya kau sebenarnya miskin! Hati brother ni lagi kaya daripada kau.

Selesai dia memuat naik ramai pengguna twitter yang merasa terharu akan kebaikan Rider Food Panda, tweet itu mendapat lebih 30.3K Retweet dan 21.1K Likes.

Walaupun bekerja itu tak mudah, tapi abang food panda tak lokek berkongsi rezeki dengan kucing, ini lah yang kita mahukan antara sesama manusia. Sifat kasih mengasihi antara satu sama lain

Kucing Kelainan Upaya Diabaikan Sejak Kecil Lagi

Maverick adalah seekor kucing kelainan upaya yang memiliki wajah yang lain daripada kucing lain. Dia diserahkan pada Ogos 2019 di pusat jagaan New York oleh tuannya sendiri kerana tidak mahu untuk membela nya lagi.

Difahamkan, tuan nya mengalami alahan oleh sebab itu dia meletakkan maverick di pusat jagaan. Malangnya pusat jagaan itu telah penuh dan jika dia tinggal disitu dia mungkin akan ditidurkan buat selamanya.

Rata-rata orang yang melihatnya menolak untuk membela Maverick kerana wajahnya berlainan dan sifatnya yang lain berbanding kucing normal yang lain.

Maverick dilahirkan dalam keadaan Chromose yang berlebihan, keadaan ini sama dengan DOWN SYNDROME yang berlaku kepada Manusia

Pekerja di pusat jagaan New York itu tidak sanggup melihat Maverick ditidurkan dan terus mencari ikhtiar untuk membuatkan dia terus hidup. Dia telah menghubungi pengasas The Old Cat Sanctuary untuk meminta bantuan bagi menempatkan Maverick disitu.

Sungguh beruntung sekali apabila Maverick diterima masuk di situ dan Maverick mendapat peluang kedua untuk hidup bersama manusia.

Kucing Berubah Wajah, Tak Sampai Seminggu Diamanahkan

Nuratirah Shazwani Rusli berumur 22 tahun merasa sedih dan hilang kata selepas melihat kucing peliharaannya yang comel berubah selepas meninggalkannya di sebuah pusat jagaan,

Dia menulis cerita itu di Twitternya pada bulan lepas mengenai empat ekor daripada lima ekor kucing peliharaannya yang berada dalam keadaan tidak terurus selepas lima hari berada di pusat jagaan kucing.

Nuratirah mengulas mengenai ciapannya di Twitter beberapa hari lalu mengenai nasib empat daripada lima ekor kucing peliharaannya yang sakit dan berada dalam keadaan tidak terurus selepas lima hari diletakkan di bawah jagaan sebuah pusat jagaan di Dengkil, Selangor.

Tweetnya itu perhatian warga internet yang bersimpati dengan nasib kucing tersebut selain geram dengan perkhidmatan yang diberikan oleh pusat jagaan tersebut.

Menurut Nuratirah, dia telah menghantar lima ekor kucing (Seekor Ibu Kucing Dan Empat Ekor Anak kucing) peliharaannya ke sebuah pusat jagaan kucing kerana mengikut keluarganya bercuti di Pulau Pinang. Dengan harapan ada yang akan memberi kucingnya makan serta menjaga dengan baik.

Sepanjang berada di Pulau Pinang, pemilik jagaan cuma memaklumkan kucingnya diberi Antibiotik kerana selesema. Namun dia terkejut apabila mendapati keempat ekor kucing nya berada dalam keadaan comot, kurus dan tidak bermaya.

Dia memviralkan perkara itu di Twitter bagi memberi kesedaran kepada pemilik kucing yang lain untuk berhati hati sebelum menghantar ke pusat jagaan kalau tak nak menerima nasib sepertinya

Lelaki Ini Sedar Daripada Tidur Terkejut Mendapati Kucing Memeluknya

Kadangkala kucing lebih mengetahui apa yang manusia mahukan pada dirinya, di New Zealand seorang patient dikejutkan daripada tidur dalam keadaan kucing sedang memeluknya. Anaknya Andrew Falloon  yang sedar kucing memeluk ayahnya yang sedang tidur selepas pembe dahan berjaya telah melihat  gambar comel kucing dan ayahnya yang diambil oleh ibunya

Gambar comel itu dimuat naik ke Internet, menurut anaknya gambar itu tidak pelik yang pelik ayahnya langsung tidak memiliki atau menjaga kucing tapi sedar daripada tidur dalam keadaan kucing memeluknya. Aneh bukan?

Nampaknya kucing ini memang mengetahui yang Encik Falloon memerlukan pelukan saat dia keseorangan di dalam hospital.

Menurut anaknya Andrew, ayahnya sedang dalam keadaan ‘recovering’ dan ibunya keluar daripada bilik ayahnya sedang berehat dalam keadaan pintu yang sedikit terbuka. Amat terkejut apabila mendapati kucing yang tidak dikenali telah memeluk suaminya yang sedang berehat dan tidur. Yang peliknya, mereka langsung tidak membela kucing bagaimana kucing itu boleh tertarik untuk tidur bersama nya?

Mungkin betullah, kucing itu ingin memeluk insan yang sendirian dan memerlukan pelukan hangat. Seperti mana haiwan perlukan kasih sayang, manusia juga inginkan kasih sayang. Betul tak?

Faizal Mak Dah Pergi Buat Selamanya

Dalam hidup ini pernah tak terbayang satu ketika anda terima mesej daripada ahli keluarga yang yang lain mengatakan mak atau ayah telah pergi untuk selama-lamanya?

Mungkin ada antara kita yang sudah tiada ibu bapa di dalam hidup ini, ada juga antara kita yang masih hidup dan tinggal bersama ahli keluarga. Tapi yang pasti kita tak akan kekal di dunia ini, setiap yang kita lihat kita akan tinggalkan.

Semalam, seorang individu bernama kechara soup kitchen telah memuat naik gambar mesej yang dihantar kepada individu bernama faizal. Mesej itu berbunyi “Izal mak dah kembali ke rahmatullah”, mesej simple tapi sungguh terasa di hati.

Menurut empunya tweet, Faizal pergi ke Kuala Lumpur untuk mencari pekerjaan dan memandangkan dia belum bekerja dia tidur di jalanan sehinggalah dia mendapatkan pekerjaan. Telefonnya tidak selalu hidup kerana tidak mempunyai tempat untuk mengecas bateri.

Akhirnya selepas bateri telefonnya penuh dan hidup, dia menerima missed call yang banyak dan mesej. Salah satu daripada mesej yang diterimanya adalah pemergian ibunya ke rahmatullah. Apa yang menyedihkan lagi, dia tidak ada duit untuk melihat ibunya buat kali terakhir di kampung.

Dipendekkan cerita, dia terjumpa kawan baru dan kawannya itu telah membelanja tiket untuk balik ke kampung. Faizal sangat bersyukur ada individu yang dapat membantunya menjenguk ibunya untuk kali terakhir.

Rupanya Ini Punca Kenapa Kucing Ada Misai

Kucing adalah haiwan peliharaan yang sangat sensitif apabila misainya disentuh oleh manusia. Ramai yang beranggapan bahawa misai kucing adalah untuk menambah kecomelannya.

Tetapi pendapat ini adalah salah kerana misai kucing bukan sahaja bertindak untuk menambahkan kecomelan dan ketampanan kucing ianya juga bertindak sebagai deria rasa kucing. Misai kucing merupakan bulu yang sangat sensitif dan ia bertindak untuk mengukur luas sesuatu kawasan

Sebagai contoh misai kucing dapat membantu kucing melalui kawasan seperti lubang, ia akan mengukur kedalaman sesuatu lubang sebelum melaluinya. Misainya akan semakin panjang apabila lubang itu semakin luas untuk mengukur jarak sesuatu lubang

Selain itu bentuk misai kucing juga akan berubah apabila mood kucing sedang marah, jika kedudukan bulu kucing itu kebelakang kemungkinan besar mood kucing itu sedang marah atau takut.

Kucing juga menggunakan misainya untuk menangkap sesuatu, dengan misai itu kucing dapat menentukan jarak untuk menangkap sesuatu. Sebab itu jangan lah anda memotong misai kucing, kerana misai kucing itu merupakan deria yang lain untuk kucing anda

Betulkah Dukhan Akan Berlaku Pada Ramadhan 2020?

Menurut Video yang viral di internet pada tahun lepas, terdapat seorang individu mengatakan Asap Dukhan akan berlaku pada tahun 2020. Mengikut analisa individu tersebut asap dukhan akan berlaku jika 15 ramadhan terjadi pada hari Jumaat dan perkara itu akan terjadi pada tahun 1441 hijrah atau lebih tepat pada tahun 2020 ini.

Sebelum saya menerangkan kesahihan video tersebut, mari kita kenal apa itu Dukhan?

Dukhan adalah kepulan asap tebal yang akan menggelapkan bumi kerana bumi diliputi oleh asap ini dalam tempoh 40 hari. Persoalannya adakah betul asap ini akan berlaku pada tahun 2020?

Menurut Ustaz Wadi Anuar, di dalam ceramahnya. Intipati ceramahnya mengatakan Dukhan tidak akan berlaku sebelum Dajjal Muncul lebih tepat lagi (Imam Mahdi Dibaiat, Dajjal Muncul Mengaku Tuhan, Nabi Isa A.S Turun daripada langit.)

Dan juga Dukhan akan berlaku tiga serangkai dengan tanda matahari terbit sebelah barat serta munculnya binatang yang dipanggil dabbah

NOTA ADMIN: Tahun ini sudah 2020 dan tidak ada seorang pun daripada cucu cicit Nabi Muhammad SAW dibaiat di Mekah Al Mukarramah. Kita boleh dengar tapi kita perlu pastikan adakah hadis yang kita dengar daripada ustaz itu sahih, atau direka. Sebagai seorang yang diberi oleh Allah kemampuan untuk belajar tentang Agama, belajar lah tentang hadis sahih tentang tanda Dukhan ini juga.

 

Video Kucing Sedang Mengacau Sami Menjadi Viral

Sikap kucing yang sangat suka bermanja memang amat diketahui oleh setiap orang yang bela kucing, kadang ketika sedang tidur mereka masuk menyelusup kebawah ketiak untuk tidur bersama.

Bukan itu sahaja, bahkan ketika sedang beribadat juga kucing akan menganggu tuannya untuk bermanja dan dibelai. Terbaru satu kejadian yang berlaku di Thailand telah viral dan video kucing sedang memanjat ke betis seorang sami telah dimuat naik di laman Facebook group kucing.

Video itu sangat viral sehingga mendapat lebih 8400 shares dan juga lebih 300,000 tontonan.

Menurut sami yang bernama Luang Pi Komkrit Taechachoto, dia cuba untuk terus membaca buku yang sedang dipegangnya tetapi kucing yang berada di hadapannya sangat pandai menarik perhatian nya.

Anda yang membela kucing, mungkin ada pengalaman yang hampir serupa, ketika sedang masak, sedang tidur. Betul tak?

 

Patung Doraemon Disiapkan Selama 3 Minggu Pecah Kerana Kucing Comel

Di dalam media sosial viral beberapa keping gambar kucing sedang bersenang lenang disebelah mainan doraemon sambil melunjurkan badannya. Kucing yang sangat innocence itu memandang ke arah kamera sambil membuat muka comel.

Seperti yang anda lihat di gambar, kucing itu dengan tak sengaja telah terpecahkan mainan itu yang telah disiapkan lebih kurang 3 minggu.

Menurut pekerja yang bertugas di Kedai Permainan New York, dia telah diminta oleh pelanggan untuk memasang patung Doraemon itu. Proses memasang mainan itu mengambil masa 3 minggu, lebih kurang 2000 blok permainan digunakan untuk mencantum permainan itu. Tetapi dalam sekelip mata sahaja mainan itu pecah berkecai.

Geram melihat telatah kucing itu, dia cuba untuk marah tapi tak boleh kerana kucing itu telah melembutkan hatinya dengan kecomelan yang luar biasa.

Kucing memang comel, sehinggakan setiap yang dilakukannya akan membuatkan kita rasa hilang marah

Wasiat Nabi Nuh A.S Kepada Anaknya

Hazrat Abdullah Ibnu Umar R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: “Tidakkah Aku khabarkan kepadamu wasiat Nuh A.S kepada anaknya”. Mereka berkata bahkan ya Rasulullah.

Baginda S.A.W bersabda: “Nuh A.S mewasiatkan anaknya, “Wahai anakku aku mewasiatkan kamu dengan ucapan Lailaha illallah, jika kalimah ini diletakkan didalam satu timbangan, langit dan bumi ditempatkan ditimbangan yang lain nescaya kalimah ini akan lebih berat lagi. Walai ia didalam lingkaran yang kukuh nescaya akan mematahkan lingkaran itu sehingga menghadap Allah S.W.T dan aku mewasiatkan kamu dengan ucapan Subhanallahil ‘azim wabihamdihi, sesungguhnya ia adalah ibadat dari seluruh makhluk dan dengannya rezeki mereka diberikan dan aku melarang kamu dari dua perkara: Syirik dan kibir (sombong) kerana kedua-dua sifat ini menjauhkan manusia dari Allah S.W.T”. (H.R. Bazar. Majma Uz Zawaid)