Wasiat Nabi Nuh A.S Kepada Anaknya

Hazrat Abdullah Ibnu Umar R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: “Tidakkah Aku khabarkan kepadamu wasiat Nuh A.S kepada anaknya”. Mereka berkata bahkan ya Rasulullah.

Baginda S.A.W bersabda: “Nuh A.S mewasiatkan anaknya, “Wahai anakku aku mewasiatkan kamu dengan ucapan Lailaha illallah, jika kalimah ini diletakkan didalam satu timbangan, langit dan bumi ditempatkan ditimbangan yang lain nescaya kalimah ini akan lebih berat lagi. Walai ia didalam lingkaran yang kukuh nescaya akan mematahkan lingkaran itu sehingga menghadap Allah S.W.T dan aku mewasiatkan kamu dengan ucapan Subhanallahil ‘azim wabihamdihi, sesungguhnya ia adalah ibadat dari seluruh makhluk dan dengannya rezeki mereka diberikan dan aku melarang kamu dari dua perkara: Syirik dan kibir (sombong) kerana kedua-dua sifat ini menjauhkan manusia dari Allah S.W.T”. (H.R. Bazar. Majma Uz Zawaid)