Betulkah Dukhan Akan Berlaku Pada Ramadhan 2020?

Menurut Video yang viral di internet pada tahun lepas, terdapat seorang individu mengatakan Asap Dukhan akan berlaku pada tahun 2020. Mengikut analisa individu tersebut asap dukhan akan berlaku jika 15 ramadhan terjadi pada hari Jumaat dan perkara itu akan terjadi pada tahun 1441 hijrah atau lebih tepat pada tahun 2020 ini.

Sebelum saya menerangkan kesahihan video tersebut, mari kita kenal apa itu Dukhan?

Dukhan adalah kepulan asap tebal yang akan menggelapkan bumi kerana bumi diliputi oleh asap ini dalam tempoh 40 hari. Persoalannya adakah betul asap ini akan berlaku pada tahun 2020?

Menurut Ustaz Wadi Anuar, di dalam ceramahnya. Intipati ceramahnya mengatakan Dukhan tidak akan berlaku sebelum Dajjal Muncul lebih tepat lagi (Imam Mahdi Dibaiat, Dajjal Muncul Mengaku Tuhan, Nabi Isa A.S Turun daripada langit.)

Dan juga Dukhan akan berlaku tiga serangkai dengan tanda matahari terbit sebelah barat serta munculnya binatang yang dipanggil dabbah

NOTA ADMIN: Tahun ini sudah 2020 dan tidak ada seorang pun daripada cucu cicit Nabi Muhammad SAW dibaiat di Mekah Al Mukarramah. Kita boleh dengar tapi kita perlu pastikan adakah hadis yang kita dengar daripada ustaz itu sahih, atau direka. Sebagai seorang yang diberi oleh Allah kemampuan untuk belajar tentang Agama, belajar lah tentang hadis sahih tentang tanda Dukhan ini juga.