Faizal Mak Dah Pergi Buat Selamanya

Dalam hidup ini pernah tak terbayang satu ketika anda terima mesej daripada ahli keluarga yang yang lain mengatakan mak atau ayah telah pergi untuk selama-lamanya?

Mungkin ada antara kita yang sudah tiada ibu bapa di dalam hidup ini, ada juga antara kita yang masih hidup dan tinggal bersama ahli keluarga. Tapi yang pasti kita tak akan kekal di dunia ini, setiap yang kita lihat kita akan tinggalkan.

Semalam, seorang individu bernama kechara soup kitchen telah memuat naik gambar mesej yang dihantar kepada individu bernama faizal. Mesej itu berbunyi “Izal mak dah kembali ke rahmatullah”, mesej simple tapi sungguh terasa di hati.

Menurut empunya tweet, Faizal pergi ke Kuala Lumpur untuk mencari pekerjaan dan memandangkan dia belum bekerja dia tidur di jalanan sehinggalah dia mendapatkan pekerjaan. Telefonnya tidak selalu hidup kerana tidak mempunyai tempat untuk mengecas bateri.

Akhirnya selepas bateri telefonnya penuh dan hidup, dia menerima missed call yang banyak dan mesej. Salah satu daripada mesej yang diterimanya adalah pemergian ibunya ke rahmatullah. Apa yang menyedihkan lagi, dia tidak ada duit untuk melihat ibunya buat kali terakhir di kampung.

Dipendekkan cerita, dia terjumpa kawan baru dan kawannya itu telah membelanja tiket untuk balik ke kampung. Faizal sangat bersyukur ada individu yang dapat membantunya menjenguk ibunya untuk kali terakhir.