Lelaki Ini Sedar Daripada Tidur Terkejut Mendapati Kucing Memeluknya

Kadangkala kucing lebih mengetahui apa yang manusia mahukan pada dirinya, di New Zealand seorang patient dikejutkan daripada tidur dalam keadaan kucing sedang memeluknya. Anaknya Andrew Falloon  yang sedar kucing memeluk ayahnya yang sedang tidur selepas pembe dahan berjaya telah melihat  gambar comel kucing dan ayahnya yang diambil oleh ibunya

Gambar comel itu dimuat naik ke Internet, menurut anaknya gambar itu tidak pelik yang pelik ayahnya langsung tidak memiliki atau menjaga kucing tapi sedar daripada tidur dalam keadaan kucing memeluknya. Aneh bukan?

Nampaknya kucing ini memang mengetahui yang Encik Falloon memerlukan pelukan saat dia keseorangan di dalam hospital.

Menurut anaknya Andrew, ayahnya sedang dalam keadaan ‘recovering’ dan ibunya keluar daripada bilik ayahnya sedang berehat dalam keadaan pintu yang sedikit terbuka. Amat terkejut apabila mendapati kucing yang tidak dikenali telah memeluk suaminya yang sedang berehat dan tidur. Yang peliknya, mereka langsung tidak membela kucing bagaimana kucing itu boleh tertarik untuk tidur bersama nya?

Mungkin betullah, kucing itu ingin memeluk insan yang sendirian dan memerlukan pelukan hangat. Seperti mana haiwan perlukan kasih sayang, manusia juga inginkan kasih sayang. Betul tak?