Rupanya Ini Punca Kenapa Kucing Ada Misai

Kucing adalah haiwan peliharaan yang sangat sensitif apabila misainya disentuh oleh manusia. Ramai yang beranggapan bahawa misai kucing adalah untuk menambah kecomelannya.

Tetapi pendapat ini adalah salah kerana misai kucing bukan sahaja bertindak untuk menambahkan kecomelan dan ketampanan kucing ianya juga bertindak sebagai deria rasa kucing. Misai kucing merupakan bulu yang sangat sensitif dan ia bertindak untuk mengukur luas sesuatu kawasan

Sebagai contoh misai kucing dapat membantu kucing melalui kawasan seperti lubang, ia akan mengukur kedalaman sesuatu lubang sebelum melaluinya. Misainya akan semakin panjang apabila lubang itu semakin luas untuk mengukur jarak sesuatu lubang

Selain itu bentuk misai kucing juga akan berubah apabila mood kucing sedang marah, jika kedudukan bulu kucing itu kebelakang kemungkinan besar mood kucing itu sedang marah atau takut.

Kucing juga menggunakan misainya untuk menangkap sesuatu, dengan misai itu kucing dapat menentukan jarak untuk menangkap sesuatu. Sebab itu jangan lah anda memotong misai kucing, kerana misai kucing itu merupakan deria yang lain untuk kucing anda