Kucing Berubah Wajah, Tak Sampai Seminggu Diamanahkan

Nuratirah Shazwani Rusli berumur 22 tahun merasa sedih dan hilang kata selepas melihat kucing peliharaannya yang comel berubah selepas meninggalkannya di sebuah pusat jagaan,

Dia menulis cerita itu di Twitternya pada bulan lepas mengenai empat ekor daripada lima ekor kucing peliharaannya yang berada dalam keadaan tidak terurus selepas lima hari berada di pusat jagaan kucing.

Nuratirah mengulas mengenai ciapannya di Twitter beberapa hari lalu mengenai nasib empat daripada lima ekor kucing peliharaannya yang sakit dan berada dalam keadaan tidak terurus selepas lima hari diletakkan di bawah jagaan sebuah pusat jagaan di Dengkil, Selangor.

Tweetnya itu perhatian warga internet yang bersimpati dengan nasib kucing tersebut selain geram dengan perkhidmatan yang diberikan oleh pusat jagaan tersebut.

Menurut Nuratirah, dia telah menghantar lima ekor kucing (Seekor Ibu Kucing Dan Empat Ekor Anak kucing) peliharaannya ke sebuah pusat jagaan kucing kerana mengikut keluarganya bercuti di Pulau Pinang. Dengan harapan ada yang akan memberi kucingnya makan serta menjaga dengan baik.

Sepanjang berada di Pulau Pinang, pemilik jagaan cuma memaklumkan kucingnya diberi Antibiotik kerana selesema. Namun dia terkejut apabila mendapati keempat ekor kucing nya berada dalam keadaan comot, kurus dan tidak bermaya.

Dia memviralkan perkara itu di Twitter bagi memberi kesedaran kepada pemilik kucing yang lain untuk berhati hati sebelum menghantar ke pusat jagaan kalau tak nak menerima nasib sepertinya