Kucing Kelainan Upaya Diabaikan Sejak Kecil Lagi

Maverick adalah seekor kucing kelainan upaya yang memiliki wajah yang lain daripada kucing lain. Dia diserahkan pada Ogos 2019 di pusat jagaan New York oleh tuannya sendiri kerana tidak mahu untuk membela nya lagi.

Difahamkan, tuan nya mengalami alahan oleh sebab itu dia meletakkan maverick di pusat jagaan. Malangnya pusat jagaan itu telah penuh dan jika dia tinggal disitu dia mungkin akan ditidurkan buat selamanya.

Rata-rata orang yang melihatnya menolak untuk membela Maverick kerana wajahnya berlainan dan sifatnya yang lain berbanding kucing normal yang lain.

Maverick dilahirkan dalam keadaan Chromose yang berlebihan, keadaan ini sama dengan DOWN SYNDROME yang berlaku kepada Manusia

Pekerja di pusat jagaan New York itu tidak sanggup melihat Maverick ditidurkan dan terus mencari ikhtiar untuk membuatkan dia terus hidup. Dia telah menghubungi pengasas The Old Cat Sanctuary untuk meminta bantuan bagi menempatkan Maverick disitu.

Sungguh beruntung sekali apabila Maverick diterima masuk di situ dan Maverick mendapat peluang kedua untuk hidup bersama manusia.