Netizen Terharu Melihat Abang Food Panda Kongsi Makanan Dengan Kucing

Menjadi Rider Food Panda atau Grab Food bukan lah satu pekerjaan yang mudah. Mereka yang menjadi Rider terpaksa ke hulu ke hilir menghantar makanan dan meredah panas mahupun hujan.

Pada 6 Januari yang lalu, viral di internet apabila gambar seorang abang rider food panda yang berkongsi rezeki dengan kucing dimuat naik di Twitter.

Individu yang memuat naik gambar itu telah menulis caption “Dia boleh duduk makan sama-sama share rezeki dia dengan kucing kucing tu kau tahu tak! Kau rasa tak penat lelah apa yang dia kena hadap hari-hari! Kau dengan orang-orang kaya kau sebenarnya miskin! Hati brother ni lagi kaya daripada kau.

Selesai dia memuat naik ramai pengguna twitter yang merasa terharu akan kebaikan Rider Food Panda, tweet itu mendapat lebih 30.3K Retweet dan 21.1K Likes.

Walaupun bekerja itu tak mudah, tapi abang food panda tak lokek berkongsi rezeki dengan kucing, ini lah yang kita mahukan antara sesama manusia. Sifat kasih mengasihi antara satu sama lain