Billy Si Koala Akhirnya Pergi Jua

Baru-baru ini viral di sosial media mengenai seekor koala yang dinamakan sebagai Billy apabila gambarnya yang diselamatkan viral di internet. Dia telah menambat ribuan hati penduduk di seluruh dunia dengan kecomelannya.

Terbaru, kami mendapat berita bahawa Billy telah pun pergi meninggalkan kita semua. Koala yang diselamatkan daripada keba karan hutan oleh sukarelawan dari Adelaide dan Hills Koala Rescue tidak mampu untuk meneruskan hidupnya lagi.

Semalam hari Rabu, pengasuh Billy telah mengumumkan akan pemergian Billy di internet dan nama Billy telah viral sekali lagi. Billy kesayangan ramai itu tidak mampu bertahan lebih lama lagi, mereka telah lakukan sedaya upaya untuk merawat Billy akan tetapi tidak berjaya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *