Kisah Wanita Iban Yang Memeluk Islam Di Sarawak

Dulu dia beragama kristian kini telah 3 tahun memeluk agama islam. Nur Syahidah Mas adalah seorang wanita mualaf yang berasal daripada Sibu Sarawak berketurunan Iban berkongsi kisahnya.

Menurutnya, dulu dia mengambil keputusan untuk memeluk islam tanpa memberitahu keluarganya terlebih dahulu, selepas sebulan memeluk islam baru lah dia memberanikan diri dan telah pulang ke kampungnya dalam keadaan memakai tudung.

Sebelum pulang ke rumah dia telah risau dan takut akan penerimaan keluarganya terhadap dirinya yang telah masuk islam dan berpakaian muslimah.

Syukur Alhamdulillah, keluarganya di kampung telah menerimanya walaupun agak terkejut dengan perwatakannya yang baharu itu. Neneknya telah berpesan jangan sesekali meninggalkan keluarga walaupun berlainan agama.

Dia sudah lama ingin memeluk islam, keinginan yang kuat memeluk islam telah lama berada dalam hati tapi tidak berani kerana takut dibuang keluarga. Alhamdulillah keluarganya menerima penghijrahannya kepada islam dengan hati yang terbuka.

Kini dia belajar Solat dan membaca Alquran, juga mempelajar ikhtilat serta menutup aurat. Moga Nur Syahidah dan keluarga berada dalam Rahmat Allah. Amin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *