Kucing Menjadi Viral Kerana Meminta Izin Tuan Untuk Tidur

Kucing adalah seekor makhluk yang sangat adorable dan sangat dikasihi oleh ramai manusia, bukan itu sahaja dengan kehadiran si kucing lah tahap kebahagian seseorang itu meningkat. Mereka bukan sahaja comel, kadang kala mengada dengan tuannya sendiri.

Seorang pengguna Twitter bernama @dyradyre telah memuat naik video ke dalam internet tentang kucingnya yang mengeow untuk dibuka kan pintu. Menerusi video yang berdurasi 36 saat itu kucing tersebut telah mengeow dengan kuat, maklumlah nak ketuk pintu tak boleh sebab kucing cuma ada kaki je tak ada tangan.

Video dengan caption “Its Not My Room Anymore, Guys, It’s Oren’s Room” yang maksudnya “Ini bukan bilik saya lagi, kawan-kawan, ianya kepunyaan oren”. Telah berjaya menarik 5400 retweets dan hampir 90 ribu tontonan serta 7900 likes kerana keletah si oren yang comel ini.

Di dalam video itu dengan jelas tuan si oren telah membuka kan pintu, lalu si oren yang masuk dengan lenggang lenggok telah landing ke atas tilam untuk tidur. Memang sangat cute. Bukan itu sahaja, malahan sofa tempat duduk pun telah dijadikan tempat untuknya berehat.

Si oren bukan sahaja viral pada tahun ini tetapi telah viral pada tahun lepas dengan kisah yang berbeza. Dia pernah merajuk tak nak balik rumah dan pernah viral di twitter juga.