Mcdonalds Tempat Makan Bukan Library Untuk Study

Baru-baru ini viral tweet seorang pemudi berkaitan kisahnya yang berada di Mcdonalds untuk makan. Dia telah berkongsi kisahnya selepas viral gambar seorang pemuda mengangkat placard “MCD TEMPAT MAKAN BUKAN TEMPAT STUDY”.

Mcd Tempat Makan

Saya ternampak gambar ini, saya ada cerita untuk dikongsikan. Ketika saya bersama kawan saya sedang beratur di Mcdonalds untuk makan, kami ternampak satu keluarga cina yang mempunyai 3 orang anak kecil sedang makan di sebuah meja. Seperti biasa sifat kanak kanak suka bermain dan mereka telah gelak di meja.

Tak lama seperti itu datang 2 kumpulan pelajar lelaki dan perempuan yang membawa air duduk di meja Mcdonalds. Mereka mengeluarkan laptop, paperwork di atas meja untuk study. Dengan tiba-tiba seorang daripada pelajar di kumpulan itu telah sound budak kecil yang sedang bermain itu “kamu berdua telah menganggu kami untuk belajar, kami tak dapat fokus”, automatik semua yang berada di mcdonalds ketika itu telah memandang perempuan itu.

Dipendekkan cerita, mak budak itu telah meminta maaf tetapi datang seorang kakak ni sound semula pada pelajar itu. “Hello ini tempat makan kot!! Bukannya tempat study, uoll tu yang salah tempat nak study pergi library” ucap kakak itu tegas.

Kumpulan pelajar itu mengemas barang mereka dan telah pergi daripada Mcdonalds tersebut, memang salah besar lah nak sound orang sebab terganggu belajar di Restoran Mcdonald kerana tempat itu tempat makan bukan tempat belajar