Wanita Tak Berani Keluar Kerana Kucing Menahannya Di Dapur

Pada 19 januari yang lalu, viral di internet tentang seorang wanita yang berada di dapur rumahnya selama 2 hari dan tidak dapat keluar. Menurut wanita itu dia tak dapat keluar dari dapur itu kerana telah dihalang seekor kucing.

Kucing itu telah menahan wanita itu daripada keluar selama 2 hari lamanya, setiap kali wanita itu cuba untuk keluar kucing itu akan mengeluarkan kukunya dan menye rang wanita itu.

Menurut wanita itu, kucing itu adalah miliknya dan dia tidak tahu mengapa kucingnya tetiba menjadi hulk dan menjadikannya tahanan di rumahnya sendiri.

Wanita itu diselamatkan selepas seorang lelaki telah melalui rumah itu dan ternampak wanita itu melambaikan tangan di tingkap rumahnya. Lelaki itu telah menelefon pihak berwajib untuk menyelamatkan wanita itu.

Apakah yang anda akan buat jikalau kucing anda menjadikan anda sebagai tahanan di rumah? Jangan main-main dengan kucing!!!