Viral Si Ayah Melindungi Anak Perempuannya Daripada Kereta Api

Superman atau the Return Of Superman, ramai yang mengatakan Bapa adalah Superman kepada anak-anaknya. Terbaru kisah yang menyentuh hati ramai orang apabila seorang bapa menenangkan anaknya sambil memeluk erat selepas terjatuh berjaya menarik perhatian ramai orang.

Seorang pengguna twitter bernama JenanMoussa telah memuat naik satu video dengan caption “Dads are superheroes, A Girl fell on train tracks in egypt. Her dad jumped behind her and shielded her little body till the moving train passed”. Yang bermaksud “Ayah ada lah seorang adiwira, seorang gadis terjatuh di landasan kereta api di Egypt. Ayahnya yang ternampak anaknya terjatuh terus melompat dan memeluk serta melindungi badna kecil itu ketika kereta api berlalu pergi”.

Kedua beranak itu terselamat dan kisah mereka viral di internet, tentang kasih sayang seorang bapa kepada anak perempuannya. Ramai yang memuji sikap bapa dan ramai yang terharu.