Jemaah Terkejut Nampak Beruang Dan Sembunyi Dalam Masjid

Terkejut dengan kehadiran seekor beruang pada petang semalam, menyebabkan jemaah masjid Felda Perasu di Gua Musang menjadikan tempat itu untuk bersembunyi.

Beruang itu muncul berhampiran kawasan masjid pada pukul 7.30 petang dan beruang itu berlegar di kawasan itu dalam 10 minit sebelum beredar dan memasuki ladang sawit.

Ketika kejadian, jemaah dalam perjalanan ke masjid untuk menunaikan solat maghrib secara berjemaah, namun terkejut mendapati beruang berada di sekitar kawasan masjid. Mereka yang berada berhampiran masjid terus melarikan diri dan bersembunyi.

Penduduk kampung semakin bimbang akan keselamatan mereka jika haiwan itu kerap muncul dan berkeliaran di kawasan kampung. Kira-kira dalam lima ekor beruang kerap berkeliaran di kawasan Felda Perasu semenjak tiga minggu yang lalu.

Kebiasaannya haiwan akan keluar daripada hutan apabila habitat mereka di hutan di ganggu, mereka berhijrah di kawasan baru untuk mencari makanan dan tempat untuk berehat.