Abang Polis Beri Makan Budak Kecil Waktu PKP

Pada 11 April yang lepas, tular beberapa keping gambar anggota URB sedang memberi makanan kepada anak kecil yang telah dibawa oleh ibunya tanpa hala tuju di Jalan Putri Kota Putri Seri Alam.

Anggota URB IPS seri Alam bernama KPL MOHAMMAD RAZIF BIN SUHAMI dan L/KPL MOHD RAFIE BIN KUNDUL berada di lokasi tersebut setelah menerima aduan orang awam yang memaklumkan ibu kepada anak ini dipercayai mengalami sakit kemurungan.

Waris kepada ibu dan anak ini berjaya dikesan dan kedua-duanya diserahkan kepada ahli keluarga mereka. Walaupun kita berada di dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, pihak PDRM menasihati masyarakat agar sentiasa menjaga keluarga masing-masing dan tidak mengabaikan ahli keluarga yang sakit dan bermasalah, sayangilah diri dan keluarga

Akibat perbuatan polis ini, ada yang telah memuji PDRM kerana sudi memberikan bantuan makanan kepada budak kecil ini. Memang tak dinafikan disebalik musibah C0VID yang sedang melanda ini Allah datang kan perasaan kasihan pada rakyat malaysia terhadap jiran, saudara nya yang tidak makan kerana lapar

Hari ini baru kita nampak, betapa bersatu hatinya rakyat Malaysia dalam menangani masalah ini, baru kita nampak betapa mulianya hati seorang polis dan askar, baru kita nampak betapa pemurahnya hati seorang ustaz ebit lew (alim ulama) dan juga baru kita nampak prihatinnya kerajaan kepada kita. Ini lah yang dipanggil dalam musibah ada hikmahnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *