Budak Berniaga Waktu PKP, Menangis Jumpa Polis

Dalam dunia ini ada yang kaya harta melimpah ruah tidak cukup tujuh keturunan untuk menghabiskannya, ada juga yang miskin sehingga tidak mempunyai selipar.

PKP ini sedikit sebanyak telah menjejaskan kehidupan ramai orang, dengan ekonomi yang perlahan ada juga di kalangan orang miskin yang tidak memiliki makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal.

Terbaru, tular sebuah video kanak kanak ditahan oleh anggota polis ketika mereka berkeliaran bersama. Didalam video itu, kanak kanak itu telah menangis di tahan polis, mereka telah disoal kenapa tidak berada dalam rumah. Keletah mereka yang sangat takut ditahan menunjukkan mereka memiliki hati yang murni.

Tapi satu perkara yang menyebabkan orang berasa kasihan adalah keadaan kanak kanak itu yang tidak memakai selipar dan memegang sebakul makanan untuk dijual. Rupa rupanya mereka sedang berjual makanan di kawasan sekitar.

Polis yang pada mulanya bertanya mereka terus tanya berapa harga kuih di dalam bakul tersebut, anggota tersebut terus membeli semua kuih yang berada di dalam bakul.

Posted by Dzul SP on Ahad, 12 April 2020

Video tersebut tamat disitu tidak diketahui apakah nasib budak budak itu seterusnya tapi admin yakin polis yang membeli semua kuih itu telah melakukan yang terbaik.

Bersyukur lah kita masih ada rumah, pakaian, tempat tinggal, makanan berbanding orang yang tidak ada makanan bahkan selipar untuk dipakai.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *