Kerana Takut Akan C0VID, Kucing Dicampak Keluar

Baru baru ini kita dikhabarkan akan haiwan terkena C0VID 19, contohnya harimau bernama Nadia, anjing terkena daripada tuannya yang positif C0VID 19.

Ini ditambah pula dengan nasihat daripada KKM untuk menjauhkan diri daripada haiwan peliharaan. Admin sebagai pencinta kucing amat risau dengan perkara ini. Kerana takut terkena C0VID kucing pula yang diabaikan.

Di Wilayah Hubei China, kucing ditemui di atas tanah dipercayai telah dicampak keluar daripada tingkat atas.

Pemilik haiwan peliharaan yang panik dilaporkan melemparkan kucing dan anjing keluar dari kediaman mereka berikutan dakwaan palsu yang mengatakan bahawa koronavirus boleh tersebar kepada haiwan.

Kejadian yang mengejutkan itu berlaku apabila seorang doktor berkata di dalam sebuah rancangan TV bahawa jika haiwan peliharaan ‘berhubung’ dengan pesakit yang disyaki C0VID, mereka perlu dikuarantin.

Media tempatan menyalah tafsir kenyataan beliau dan berkata bahawa kucing dan anjing boleh menyebarkan C0VID 19 sehingga memberi ketakutan kepada orang ramai.

Bagi menghentikan penyebaran dakwaan palsu itu, Rangkaian Televisyen Global China memaparkan petikan dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).Tiada bukti yang menunjukkan bahawa haiwan peliharaan seperti anjing dan kucing boleh menyebabkan koronavirus.

Admin harap kucing peliharaan anda disimpan di dalam rumah, sentiasa mandikan dan juga sentiasa cuci tangan selepas menyentuh mereka. Jangan panik dan jangan lakukan perkara yang tak sepatutnya pada haiwan anda