Kepala Anjing Tersekat , 3 Hari Tak Dapat Makan

Menurut Facebook persatuan haiwan Malaysia, seekor anjing telah ditemui tidak dapat mengeluarkan kepala daripada sebuah botol. Dia berada dalam keadaan begitu selama 3 hari

Menurut mereka salah seorang follower mereka telah mengadu mengalami kesukaran untuk bantu keluarkan botol terperosok di muka anjing jalanan ini. Mungkin kerana terlalu lapar dan nak menjilat apa yang ada dalam botol tersebut. Muka Anjing terperangkap dalam botol. Kelihatan anjing sukar bernafas dan tidak boleh makan minum sendiri jika botol tidak dibantu keluar. Anjing ini sudah 3 hari dalam keadaan begini.

Pasukan keselamatan atau mana-mana individu berdekatan di Jalan Pertanian, Pulau Gadong, Klebang Besar Melaka boleh hubungi Cik Nisah untuk sama-sama lakukan kerja kemanusiaan.

Setiap kita adalah pemimpin dan khalifah. Mari makmurkan dunia dengan berbaik kepada makhluk bernama haiwan.

Apa yang anda akan buat jika ternampak haiwan seperti anjing terperangkap di dalam longkang, botol adakah anda akan cuba selamatkan mereka?