Tidak Mampu Berdiri, Hanya Baring Di Tepi Jalan

Diwaktu PKP ini mungkin ada para pemandu kenderaan suka bawa kenderaan dengan laju disebabkan keadaan jalan yang lengang berbanding hari yang normal.

Membawa kenderaan dengan laju bukan sahaja bahaya untuk diri, bahkan bahaya untuk pejalan kaki dan juga haiwan. Terbaru beberapa keping gambar telah dimuat naik ke dalam facebook persatuan haiwan malaysia.

Seekor Anjing patah kedua kaki tidak mampu berdiri dan berjalan akibat dilanggar pemandu yang tidak bertanggungjawab. Lokasi di hadapan stesyen petrol BHP Kampung Bachang, Mukim Balai Panjang, Daerah Melaka Tengah, Melaka.

Para pemandu dimohon untuk tidak membawa kenderaan dengan laju pada waktu PKP ini memandangkan diakui kebanyakan haiwan sama ada haiwan liar atau haiwan jalanan keluar sarang mencari makan minum akibat kebuluran. Sekiranya telah melanggar seekir nyawa walau pun haiwan. Amat berbesar hati jika pemandu yang telah langgar anjing atau kucing atau mana-mana haiwan bertanggungjawab menghantar haiwan yang cedera ke klinik veterinar. Siapa tahu disebalik kegagalan haiwan ini kembali ke tempat asalnya ada anak-anak kecil menanti kepulangan induknya dalam kelaparan.

Orang Melaka Tengah boleh hubungi Saudari Suraya di talian 0103922875 untuk hulurkan bantuan melepaskan kesengsaraan anjing yang kini terdampar ditepi jalan berhujan berpanas.

Setiap kita adalah pemimpin dan khalifah. Mari makmurkan dunia dengan berbuat baik kepada makhluk bernama haiwan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *