Anak Merayau Waktu PKP, Ayah Terpaksa Korek Duit Tabung Bayar RM1000

Waktu Perintah Kawalan Pergerakan ni dilaksanakan bukannya disengajakan tetapi perlu bagi memutuskan rantaian C0VID 19. Setiap orang disuruh stay at home dan tidak merayap untuk membendung dengan lebih cepat

Baru kejap tadi, salah seorang pengguna facebook bernama siti rohaiza berkongsi kisah salah seorang ayah nak membayar kompaun terpaksa mengorek duit kerana anak telah ditangkap dan dikenakan kompaun RM1000.

Menurut status siti rohaiza, Terima bayaran kompaun pagi tadi dr seorang bapa… Yang kena anaknya berumur 18 tahun. .. Kenapa ada duit syiling??? Knp guna duit RM1.. Jenuh iza nak mengira pagi td… Bila ditanya… Jawapannya “KOREK TABUNG” 😥😥😥 sentap hati ni dengar… 😰😰

Wahai anak2 sekalian terutama yg masih belum bekerja, masih bersekolah tolonglah duduk rumah.. Janganlah mengada2 nak lepak2 dengan kawan2 bagai… Jangan mengada2 konon2 tunjuk hero naik motor merayap sana sini… Sekali kena nah ko susahkan mak pak… Korang ingat senang nak cari duit???
Iza doakan bila anak2 ni da bekerja nanti, ko bayarlah balik duit mak pak korang ni… Perit wei kira duit tabung semata2 nak bayar kompaun untuk anak… 😭😭😭 Please duduk rumah Stay at home

Betullah kasih sayang seorang ibu dan bapa ni sangat mendalam buat anaknya. Walaupun terpaksa menahan lapar untuk menyelamatkan anak mereka tetap akan cuba selamatkan anak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *