Anjing Diikat Pada Kereta Dan Diseret

Jika anda seorang pencinta haiwan tidak digalakkan baca berita ini. Di United Kingdom berlaku kejadian yang sangat menyedihkan

Seekor anjing telah ma ti selepas diikat pemiliknya pada belakang kereta dan dipaksa berlari sehingga tubuhnya terseret di atas jalan.

Lelaki itu ditahan selepas pengasas pusat menyelamat haiwan, Yolanda Reyez Hernandez melaporkannya kepada pihak polis menerusi perkongsian gambar keadaan anjing malang itu di media sosial.

Kejadian itu berlaku Khamis lalu ketika pemilik haiwan bernama Carlos bersama isteri dan anak lelakinya dalam perjalanan ke rumah kedua mereka di El Molar.

Yolanda memberitahu bagi menghilangkan kebosanan akibat menjalani kuarantin di rumah, keluarga itu membawa anjing peliharaan keluar sebelum mengikatnya di belakang kereta.

“Anjing itu dipaksa berlari sejauh beberapa batu sebelum tersadung dan terseret di atas jalan sebelum mati kerana lehernya terjerut. Ada jiran menyaksikannya cuba menghentikan kenderaan keluarga berkenaan sebelum merampas kunci kereta seterusnya menghubungi saya.

“Polis menjalankan kerja mereka dan kami membuat laporan atas perbuatan individu terbabit yang menyebabkan kematian haiwan peliharaannya,” tulisnya. Menurut Yolanda, lelaki itu direman dan menunggu masa dibicarakan.

Insiden itu mendapat perhatian pencinta haiwan dengan rata-ratanya mengecam tindakan lelaki berkenaan yang bukan hanya membunuh haiwan, tetapi ingkar arahan berada di rumah ketika perintah berkurung masih berkuat kuasa. Sumber: HARIAN METRO

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *