Kaki Terikat, Reput Dan Tidak Dapat Diselamatkan

Terdapat satu kes menyayat hati yang telah dikongsikan facebook animal malaysia. Anjing reput kaki tidak dapat diselamatkan

Menerusi fb mereka “Satu kes yang menyayat hati apabila beberapa penduduk di pinggir hutan Kampung Kemensah, Hulu Kelang Selangor menemui seekor anjing berkeadaan kaki membusuk, reput dan berulat akibat terikat jerat dawai dalam sebuah longkang besar.

Jerat dikenal pasti digunakan oleh pemburu haram untuk buru haiwan liar. Namun malang anjing tersangkut di jerat dawai.

Penduduk telah dengar suara anjing menyalak berterusan selama 3 hari. Namun kelibat anjing tidak ditemui setelah puas mencari. Akhirnya hari terakhir iaitu hari ke 4. Penduduk berusaha masuk ke dalam setiap longkang besar bertutup dan terkejut menemui seekor anjing yang kakinya sudah reput, berulat, busuk serta dalam keadaan lemah tidak berdaya angkat kepala dengan hanya suara mengerang menahan sakit sahaja yang kedengaran.

Inilah hasil tangan jahat pemburu yang niatnya mahu memburu haiwan liar bernilai tinggi. Namun mangsanya adalah anjing tidak bersalah. Anjing kini bertarung nyawa menunggu saat sama ada hidup atau mati.

Menerusi update terbaru anjing itu tidapat diselamatkan.

Tiada lagi sakit, tiada lagi derita dan tiada lagi kesengsaraan. Perjalanan keperitan menanggung penderitaan setelah 4 hari sengsaranya anjing yang dianiaya kini berakhir apabila tuhan memanggilnya pulang.

Kepada pemasang jerat haiwan. Semoga perlakuan kalian dibalas tuhan dengan pelajaran cukup mengingatkan betapa zalimnya tindakan menjerat haiwan. Hentikan kerakusan pemburuan secara jerat dawai.

Bayangkanlah betapa derita Anjing Jerat Kemensah menanggung derita sepanjang 4 hari sebelum ditemui. Kesengsaraan ketakutan, kengerian, kebuluran dan menahan kesakitan yang tidak mampu digambarkan. Hanya antara tuhan dan Anjing Jerat Kemensah yang mengerti rasa dan khalsa ketakutan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *