Terkejut Melihat Monyet Sedang Mandi Dalam Bilik Air

Pernah tak anda bayangkan, bangun daripada tidur terus nak pergi bilik air untuk mandi tetiba ada haiwan dah tumpang mandi disitu?

Itulah yang terjadi kepada seorang lelaki, dia dikejutkan dengan kehadiran seekor monyet milik jiran sekampung di dalam bilik mandi rumahnya. Monyet itu dipercayai tersesat di Kampung Tanjung Labuaya, Tuaran.

Gambar sebagai hiasan

Kejadian pada pukul 11.30 pagi itu disedari oleh lelaki dikenali sebagai Rudy berumur 40 tahun, ketika ingin menggunakan bilik mandi berkenaan.

Sebelum dia masuk bilik air, dia menyangka ada orang lain menggunakan bilik mandi kerana terdengar bunyi objek terjatuh tetapi semua ahli keluarganya berada di ruang tamu.

Sebaik dia membuka pintu, dia terkejut melihat seekor monyet berada di atas rak alat mandi.

Monyet berkenaan tidak bertindak agresif dan dia segera menghubungi pihak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) untuk mendapatkan bantuan.

Sementara itu, Pegawai APM Daerah Tuaran, Paulina Francis berkata, pihaknya menerima aduan 11.40 pagi dan mengerahkan sepasukan anggota ke lokasi.

“Operasi menangkap haiwan dianggarkan seberat enam kilogram itu hanya mengambil masa lima minit kerana sangat jinak.

“Ia dipercayai terlepas dari kandang di kampung yang sama sebelum tersesat dan diserahkan kepada pemilik,” katanya. Katanya, operasi ditamatkan 12.10 tengah hari. Sumber: Harian Metro