YDP AGONG Turun Padang Meninjau Keadaan PKP Waktu Malam

Malaysia ini merupakan negara bertuah kerana memiliki pemimpin yang menyayangi rakyatnya terutama nya kita mempunyai RAJA yang amat prihatin tentang rakyat.

Semalam YDP Agong kita telah meninjau proses pelaksanaan PKP di Malaysia. Berita ini dikongsikan di dalam instagram istana negara.

16 April 2020 – KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berkenan meninjau keadaan lalu-lintas pada sebelah malam semasa fasa 3 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sekitar Kuala Lumpur.

Seri Paduka Baginda menzahirkan sokongan atas usaha kerajaan meneruskan fasa 3 PKP dan berharap rakyat dapat terus memberi keutamaan kepada penjagaan kesihatan diri dan terus berada di rumah bagi membendung wabak Covid-19.

Seri Paduka Baginda turut menzahirkan rasa berpuas hati apabila rakyat memberi kerjasama yang baik mematuhi PKP fasa 3 yang dilaksanakan pihak kerajaan.

Seri Paduka Baginda berdoa semoga penularan wabak ini berjaya ditangani dan diakhiri dgn segera.

Sebagai rakyat Malaysia kami rasa seronok dan gembira bila ada Raja yang fikirkan soal rakyatnya sendiri dan sanggup turun padang melihat keadaan rakyat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *