Kenapa Korea Tidak Melakukan PKP Seperti Malaysia

Mungkin ramai tertanya tanya kenapa korea tidak melakukan perintah kawalan pergerakan atau melakukan lockdown di Negara tersebut walaupun jumlah kes mereka 2 kali ganda lebih banyak daripada Malaysia.

Menurut Channel youtube Kimchi Budu. Khalid dan seul berkongsi fakta tentang korea. Negara Korea mempunyai keupayaan untuk melakukan ujian saringan sebanyak 20,000 setiap hari.

Bukan itu sahaja malah korea mempunyai big data yang sangat besar, dengan data inilah mereka merekodkan pergerakan pesakit C0VID 19 2 minggu sebelumnya.

Sebagai contoh, apabila seseorang itu positif C0VID 19, rekod kad bank mereka akan diberi kepada petugas kesihatan. Ini membolehkan doktor mengesan kemana tempat yang telah dituju oleh pesakit

Pesakit telah pergi ke panggung wayang dan duduk di seat 30, maka panggung wayang itu akan ditutup untuk dibersihkan dan juga customer yang duduk di seat 29 dan 31 akan di call untuk datang membuat ujian saringan.

Bukan itu sahaja, malahan jika ada orang yang kena kuarantin. Satu mesej akan dihantar kepada jiran untuk memberitahu ada orang sedang dikuarantin. Big data ini sangat dimanfaatkan dalam situasi sebegini.

Daud Kim juga baru sahaja pulang daripada luar negara, dia telah berkongsi melalui youtubenya bagaimana Korea mengawal situasi kuarantin.

Setibanya Daud Kim di Korea, dia disambut oleh pegawai penyakit berjangkit untuk dihantar ke tempat yang perlu dikuarantin. Keesokannya ambulan telah datang untuk ambil dia membuat ujian saringan C0VID 19. Bahkan dia diberi beg plastik, sanitizer dan thermometer percuma. Makanan akan dihantar jika perlu ke rumahnya. Bahkan telefonnya tidak boleh dimatikan kerana telah di pasang GPS untuk mengesan pergerakan mereka.

Khabar terbaru di korea, orang yang dikuarantin akan dipakaikan gelang eletrik supaya mereka kuarantin diri dan tidak melanggar arahan keluar. Oleh lah jaga diri dan stay healthy and stay at home

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *