Frontliner KKM Sempat Tabur Bakti Sebelum Hembus Nafas Terakhir

Umum mengetahui negara sedang berada dalam PKP, yang berada di barisan hadapan adalah frontliner kkm, askar dan juga tentera.

Semalam salah seorang Frontliner telah menghembuskan nafasnya buat kali terakhir. Al fatihah untuk arwah ahmad shah bin hj abdul karim

INNALILLAHIWAINNAILLAHIRAJIUN.. 18/4/2020..
seorang sahabat yg sama-sama berjuang demi negara , telah pergi meninggalkan kt buat selamanya.. Abg Shah dalam kenangan. jasamu tidak ku lupa… Alfatihah(dibaca) untuk arwah. “wira x didendang”via HAIRUL KIFLI MADOON.

Anak kepada arwah pula menulis. “Assalamulaikum…
Saya mewakili ayah saya arwah Ahmad Shah bin Hj. Abdul Karim menyusun sepuluh jari meminta ampun dan maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki jikalau sepanjang beliau bertugas di klinik kesihatan ataupun di hospital ada menyinggung perasaan atau menyakiti mana-mana pihak .

Sekiranya sesiapa yang berhutang dengan beliau kami sekeluarga halalkan dan sekiranya beliau ada berhutang dengan sesiapa sila tuntut dengan saya warisnya.(anak dan isterinya) Semoga beliau ditempatkan bersama orang-orang yang soleh.. Aamiin.

MUHAMAD HAZIQ.