Inilah Sebab Menteri Sebut 500 Negara Yang Tak Diketahui Ramai

Baru baru ini kecoh tentang 500 Negara, khabarnya Menteri Kesihatan telah menyebut 500 buah negara ketika sedang video call bersama DS Zahid Hamidi.

Memandangkan dah nak bulan puasa ni, saya tak nak lah kita semua berada dalam keadaan dosa kalau tak tahu cerita sebenar jadi saya pun search lah betul ke Menteri kita sebut 500 negara.

Dr Adham Baba menjelaskan bahawa beliau tersalah sebut ketika mengatakan bahawa Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) terdiri daripada 500 negara.

“Saya salah sebut 500 negara – yang saya maksudkan adalah 500 peserta dari seluruh dunia,” katanya seperti dipetik oleh The Star.

Adham sebelum ini membuat kenyataan “500 negara” semasa panggilan video untuk memberi taklimat kepada Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mengenai situasi Covid-19, yang dimuat naik di Facebook.

Ahli Parlimen Tenggara itu memberitahu Zahid bahawa beliau terlibat dalam satu persidangan video langsung dengan WHO yang menurutnya terdiri daripada “500 negara”.

Untuk rekod, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu hanya mempunyai 193 negara anggota.

Adham, dalam laporan , menjelaskan bahawa hanya terdapat 50 negara yang terlibat dalam persidangan video langsung itu.

Dakwaan Adham bahawa terdapat “500 negara” sebelum ini dijadikan bahan jenaka dan mengundang kritikan di media sosial.

Selain trending di media sosial, Adham juga menjadi carian paling popular di Google Malaysia.

Menurut Google Trends, lebih 10,000 carian dibuat mengenai menteri kesihatan itu. Di instagram nya juga dia telah ditanya berkaitan perkara itu.

Ok admin buka nak backup sesiapa, cuma masa yang tinggal untuk bulan puasa ni lebih baik kita harungi permulaan tanpa melakukan dosa mengumpat. Admin bukan politik punya orang cumalah penulis artikel

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *