Lelaki Ini Berkongsi Bagaimana Kes C0VID Di Arab Meningkat

Mungkin ada yang tertanya tanya bagaimana kes C0VID di negara lain boleh meningkat dengan banyak. Ini adalah perkongsian daripada FB Najmi Farisham

Ada yang bertanya kenapa kes di Arab Saudi boleh melonjak naik dengan tinggi sekali dalam beberapa minggu ini. Bayangkan, semalam saja naik 762 kes. Paling tinggi dicatatkan di Mekah dengan 325 kes.

Untuk pengetahuan semua, Kementerian Kesihatan Arab Saudi telah melakukan ujian saringan sebanyak 150,000 kepada seluruh penduduk mereka.

Dan jumlah yang disaring ini berkemungkinan akan terus bertambah dari masa ke semasa memandangkan bilangan populasi rakyat mereka saja dah melebihi 33.7 juta. Itu belum kira lagi rakyat luar yang datang bekerja dan belajar.

Semalam, pihak kementerian telah sama-sama turun melakukan saringan COVID-19 dari rumah ke rumah di sekitar Kota Mekah. Hampir setiap lorong-lorong rumah mereka masuk. Segala alat perkakas dibawa bersama.

Hasilnya, kementerian melaporkan bahawa hampir 50 peratus kes ditemui di kawasan penempatan yang sempit dan sesak. Antara yang lain juga daripada kem penempatan pekerja buruh. Dalam kenyataan yang lain pula, 70 peratus kes yang dicatatkan ini merupakan daripada rakyat negara luar.

Di Arab Saudi ini, kami penduduk sini dipecahkan kepada 2 identiti. 1 digelar rakyat iaitu pemegang warganegara Arab Saudi. Lagi satu digelar pemukim iaitu sesiapa sahaja yang diberikan permit penempatan untuk tinggal di sini.

Ada yang bertanya kenapa kes di Arab Saudi boleh melonjak naik dengan tinggi sekali dalam beberapa minggu ini….

Posted by Najmi Farisham on Sabtu, 18 April 2020

Contoh kami pelajar, diberikan permit. Warganegara masih lagi rakyat Malaysia. Habis saja tempoh permit, diarahkan terus untuk pulang ke negara masing-masing.

Pemegang visa pula tidak termasuk dalam kategori ini. Mereka hanya dikira sebagai pelawatlah mudah fahamnya.

Namun begitu, Raja Salman telah menitahkan agar rawatan kesihatan berpunca daripada COVID-19 ini diberikan secara percuma kepada semua orang. Tak kiralah rakyat, pemukim, pemegang visa, duduk secara haram ataupun tidak, semuanya percuma. Kerana isu yang lebih besar adalah, wabak ini.

Kiranya kementerian ini bertindak awal mengesan gejala COVID-19 dengan melakukan ujian saringan dari rumah ke rumah. Boleh jadi ramai yang tak tahu dia dijangkiti. Boleh jadi juga ada orang takut nak menjalani saringan. Bila kementerian dah dapat kesan awal, tindakan susulan dapatlah dilakukan dengan lebih awal.

Patutlah hasil kajian kementerian tempoh hari mengatakan bahawa kes di Arab Saudi dijangka melonjak naik ke 200,000 dalam masa beberapa minggu. Mudah-mudahan kajian ini tidaklah tepat.

Sehingga ke saat aku menaip ini, kes semasa dicatatkan di Arab Saudi adalah:

• Jumlah terkini: 7142.
• Kes masih aktif: 6006.
• Pesakit sembuh: 1049.
• Jumlah kematian: 87.

Antara kawasan yang terjejas teruk adalah Riyadh dengan 1700 kes. Mekah 1584 kes, Madinah 1226 kes dan Jeddah 1332 kes. Manakala wilayah lain masih lagi di bawah angka 400.