Keluarga Pak AQ Dituduh Cuba Pulang Ke Rumah Lama

Cerita tentang ustaz ebit lew membantu keluarga Pak AQ menarik perhatian ramai orang. Kerana kelembutan ustaz ebit lew dan kondisi keluarga Pak AQ.

Tapi sayang, terdapat beberapa orang cuba menulis berita palsu mengatakan keluarga pak AQ cuba pulang ke rumah lama mereka selepas mendapat rumah baru dari ustaz ebit lew.

Terdapat pula individu mengatakan ahli keluarga Pak Aq bertindak kasar kepada orang masjid. Untuk mencari kebenaran, seorang individu bernama Rizalzani RS telah pergi sendiri ke rumah Pak AQ untuk mengesahkan perkara ini.

Ternyata, berita tentang keluarga Pak AQ telah diputarbelitkan kerana dia mendapati semua ahli keluarga Pak AQ berada di rumah baru mereka.

Posted by Rizalsani Rs on Selasa, 21 April 2020

Menurut caption di FBnya “Assalam….viral kata keluarga pak arq pindah ke rumah lama adalah palsu….saya ptg ni ada di rumah baru depa jln fajar….
Mohon pdrm ambik tindakan kepada yg menyebarkan berita palsu….video di ambik jam 5.50 ptg hari ni…ceritaku hari ini selasa 21.4.2020″.

SEMUA SUDAH BERPINDAH DAN ESOK RUMAH PAK AQ AKAN DIROBOH

“Alhamdulillah Ustaz. Tuan tanah dah bawa surat lawyer untuk roboh rumah lama ni. Insya Allah esok pagi jam 9.00”, beritahu AJK Masjid Al Irfan, Derga.

Alhamdulillah, semoga Pak Aq sekeluarga dipermudahkan urusan oleh Allah SWT dirumah baharu. Terima kasih kepada Ustaz Ebit Liew dan juga tim.

Terima kasih kepada seluruh JK Masjid Al Irfan, Derga dan juga seluruh penduduk kampung. Semoga Allah merahmati kita semua. Jom kita siapkan diri untuk persediaan menghadapi Ramadan.