Netizen Mula Menahan Serangan Kecaman Terhadap Ustaz Ebit Lew

Kritikan, bidasan atau perlian terbuka kepada Ustaz Ebit Lew membuatkan rakyat Malaysia terkejut. Ramai yang mempertahankan ustaz ebit lew dan memberikan kata semangat untuk ebit lew di dalam Facebook.

Ada juga para ustaz dan guru yang mempertahankan program kebajikan yang dilakukan oleh ustaz ebit lew. Rata rata menyokong tindakan ustaz ebit lew untuk terus melakukan kebaikan

Terbaru Mokhtar Dup telah menulis di facebook beliau, Sokongan terhadap ustaz ebit lew. Menurutnya di facebook,

APA SUSAHNYA KITA DENGAN AKTIVITI KEBAJIKAN UST EBIT LEW.

Saya turut menyaksikan aktiviti kebajikan yang dilakukan oleh Ust Ebit Lew di serata pelusuk tanahair. Saya juga menyaksikan serangan kepada beliau bertubi2 dari berbagai arah. beliau bukan sahaja diserang oleh orang awam yang jahil malah diserang juga oleh ahli2 ilmu.

kepada pihak yang menyerang suka saya bertanya kepada anda, “apa susahnya anda dengan aktiviti kebajikan Ust Ebit Lew itu?”. adakah anda sakit dan merasa pedih dengan program beliau?. Saya tidak nampak resionalnya serangan anda kepada beliau. Anda pertikaikan keikhlasan beliau kerana setiap program beliau dirakam dan divideokan?. Saya ingin bertanya sejak bila anda dilantik oleh Allah menjadi juru semak hati2 manusia yang beramal samaada ikhlas atau tidak?. Buka kah disana Ulamak berkata
أمرت ان احكم بالظاهر والله يتولى السرائر.
Aku diperintah berhukum dengan apa yang zahir dan urusan Allah lah Yang Mengurus apa yang tersembunyi.

Ingatkah anda peristiwa Sahabat Rasulullah s.a.w, Usamah yang membunuh seorang kafir dalam satu peperangan. Sedangkan saat Usamah akan membunuhnya lanatas si Kafir tersebut mengucap dua kalimah syahadah. Namun Usamah tetap membunuhnya. Bila ditanya oleh Rasulullah mengapa beliau membunuh seorang lelaki yang telah mengucap syahadah?. lalu Usamah menjawab lelaki tersbut mengucapkannya kerana takut dibunuh. Lalu baginda Rasulullah saw membalas;

أفلا شققت عن قلبه حتى تعلم اقالها ام لا
Apakah kamu membelah dadanya hingga kamu tahu apa yang dikatakan atau tidak.

Jika aktiviti kebajikan Ust Ebit itu dari kewangan beliau sendiri, maka saya melihat tiada cacat dan celanya bila beliau rakam dan videokan. Kerana bukankah dengan rakaman itu akan mendorong org lain untuk turut menderma dan berkebajikan. Ulamak menyatakan ada dua amalan yang boleh dipamirkan kepada khalayak, iaitu infaq dan jihad kerana akan mendorong orang lain mengikutinya. Sebuah hadis dari Abi Masu’d Uqbah bin Amrin Al-Ansory al Adawyyi dimana Nabi s.a.w bersabda;

من دل على خير فله مثل أجر فاعله
Barangsiapa menunjukkan kepada kebaikan maka baginya pahala yang sama denganorang yang melakukannya.

Yg kedua, jika kebajikan yang beliau lakukan itu datang dari sumbangan dan kewangan pihak lain, maka sangat wajar beliau videokan kerana akan lebih menyakinkan para penyumbang dan mengelak daripada fitnah.

Lalu waspadalah dalam memberikan komen dan kritikan. jangan biarkan perasaan hasad menguasai diri kita. UMS Kuantan Pahang 21 April 2020.

Sempena bulan puasa yang hampir tiba ini mari lah ramai ramai mendoakan moga ustaz ebit lew panjang umur dan kekal istiqamah dalam perjuangan dakwahnya dan juga sedekahnya. Amin