Selepas Dikecam Ustaz Minta Doa Kebaikan Pada Yang Tak Suka Dia

Hari ini nama ustaz ebit liew tertatap di bibir orang Malaysia, ramai kagum dan menjadikan ustaz ebit liew sebagai idola mereka. Dakwah dan bantuan yang disampaikan oleh Ustaz telah menyentuh hati ramai rakyat Malaysia. Majoriti kaum Melayu, Cina dan India sangat terkesan dan kagum akan usaha beliau.

Walaupun begitu, kecaman kepada ustaz ebit liew masih tidak berhenti lagi. Baik di facebook mahupun twitter masih ada yang mengecam dia dengan tulisan seperti social distancing, mengaibkan dan sebagainya. Sungguh berat ujian buat ustaz ebit liew, walaupun dia bukan ahli politik tapi ada juga yang mengecam dia.

Terbaru Tuan Yusuf Azmi merupakan orang yang rapat dengan ustaz Ebit Lew telah melakukan video call dengan beliau. Dalam intipati video call tersebut ustaz Ebit Lew minta doakan kebaikan kepada orang yang mengecam beliau.

Menurut caption yang dimuat naik yusuf azmi “Alhamdulillah saya baru lepas bertanya Khabar dengan Ustaz Ebit Lew . Beliau dalam perjalanan ke Pulau Pinang.

Seperti yang kita tahu ada beberapa perkara yang sedang berlaku keatas beliau, dengan hati yang baik beliau sentiasa memaafkan. Beliau juga meminta orang ramai mendoakan perkara baik-baik kepada mereka yang mengecam usaha-usaha beliau. Allah sayang… jangan kita mudah berputus asa.”

Ya Allah tolong maafkan kesalahan Ustaz ebit lew, ya Allah tolong panjangkan umur beliau, ya Allah tolong ya Allah tolong istiqamahkan beliau untuk berdakwah, bersedekah dan membantu orang yang susah. Ya Allah beri hidayah pada orang yang mengecamnya dan juga beri hidayah serta kekal kan kami dalam jalan hidayah mu. Amin.