Ustaz Ebit Lew Dikecam Kerana Bantu Keluarga Ini Ketika PKP

Yang mengikuti Facebook ustaz ebit lew mungkin telah mengenali beliau sebagai seorang pendakwah. Dia telah menerima islam sejak kecil lagi melalui dakwah yang dilakukan orang tabligh.

Sebelum ini ustaz ebit lew selalu membantu orang susah, dakwah door to door. Jumpa budak di lorong dan bawah jambatan lalu mengajar mereka tentang islam, iman dan amal.

Tetapi dakwah ustaz ebit lew bertambah hebat apabila tibanya musim PKP. Pada permulaan ustaz ebit lew membantu golongan frontliner, sediakan mereka makanan, tempat mandi, kemudahan hospital dan pelbagai lagi.

Tetapi apabila tiba minggu ke 2 ustaz ebit lew telah menambah hebat lagi donation kepada orang miskin, orang yang tidak ada rumah tidak kiralah kau islam atau bukan islam dan bangsa apa pun ustaz tetap datang membantu. Daripada darat sampai ke laut ustaz datang membantu.

Disebabkan pergerakan ustaz ebit lew inilah ada yang mempersoalkan tentang social distancing, pelanggaran PKP. Ustaz Ebit Lew telah mendapatkan izin daripada pihak berwajib untuk melakukan donation sekitar Malaysia ketika PKP.

Ramai yang kenal ustaz ebit merekodnya sedang menderma bukan sebab untuk riya tapi lebih kepada dakwah. Kalau kita susah ada lagi yang lebih susah daripada kita. Jangan bersedih Allah sentiasa bersama hambanya yang sabar dan solat

Tetapi semalam kecaman terhadap ustaz ebit lew datang daripada pelbagai sudut. Daripada facebook dan twitter orang persoalkan tentang social distancing, kesian ustaz ebit lew manusia baik sebegini pun ada yang tak puas hati. Saya mendoakan moga ustaz ebit lew diberikan syurga tertinggi di akhirat kelak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *