Tolong Jaga Mak Dan Ayah, Frontliner Berpesan Sebelum Pergi

Tugas sebagai Frontliner ketika ini bukan tugas yang mudah, hanya Allah sahaja boleh membalas pengorbanan ini dengan ganjaran syurga kerana melibatkan diri berdepan dengan C0VID. Tak ramai yang sanggup berdepan dengan situasi ini hanya segelintir sahaja yang berani lakukan.

Seorang Frontliner bernama Nadila Rahmat berumur 32 tahun telah pun pergi meninggalkan kita selepas 17 hari berjuang melawan C0VID. Dia merupakan jururawat ortopedik HPSF dan telah dimasukkan ke dalam wad selama 17 hari sebelum dijemput pada pukul 12.36 tengah malam.

Nadila telah memberi pesanan kepada adiknya yaitu Nabiha Rahmat berumur 26 tahun. Allayarham telah menelefon ibunya untuk memaklumkan keadaannya yang perlu ke ICU. Tetapi yang sedihnya ibunya tidak mendengar suaranya kerana berada dalam kenderaan selepas melakukan ujian saringan.

Ibunya telah menyerahkan telefon kepada Nabiha Rahmat dan dia telah berpesan padanya supaya menjaga Mak dan Ayah. Serta memaklumkan dia akan masuk ke ICU. Nabiha sudah terdetik rasa sayu di dalam hati tapi tidak sanggup untuk memberitahu ibu bapanya. Itu merupakan kali terakhir kakak dapat bercakap dengan ibunya.

Nadila sudah 10 tahun menjadi jururawat dan berkhidmat kepada Negara Malaysia. Kakaknya seorang yang cerita tetapi jarang berkongsi masalah dengan keluarga. Kakaknya sudah mula sakit sejak awal april dan mengalami batuk serta tidak selera untuk makan.

Namun mereka tidak mengesyaki apa-apa, kakak hanya memaklumkan kepada keluarga dia perlu kuarantinkan diri kerana menjadi suspek C0VID sebelum pergi ke Pagoh pada 5 April yang lalu.

Kakak sempat meminta ibu mencari beg pakaian namun melarang ibu untuk datang berdekatannya untuk mengemas pakaian. Ibu sudah tidak sedap hati tapi hanya memendam sahaja perasaan sedih sehingga kakak dimasukkan ke ICU pada 7 april yang lalu.

Abah dan ibu telah melakukan solat hajat dan bacaan yasin supaya kakak sembuh, tapi takdir Allah kakak telah dijemput untuk meninggalkan dunia ini. Mereka sekeluarga reda dengan pemergian kakak, namun mereka kami kehilangan seorang kakak yang suka berbakti kepada keluarga dan masyarakat dan tidak lagi dapat menyaksikan keletah kakak menyediakan hidangan berbuka puasa seperti selalu.