Pak AQ Di Kedah Telah Pun MENlNGGALKAN Dunia Ini

Pada bulan ramadhan yang lalu, nama pak AQ yang menetap di kedah telah pun viral selepas dibantu oleh ustaz ebit lew. Dia yang gembira dan mahu melihat anak cucunya menjadi orang berguna belajar agama.

Hari ini ustaz ebit lew mendapat berita menyedihkan apabila arwah pak aq telah pun pergi daripada dunia ini buat selamanya.

Sayu hati rasa. Innalillahi wa inna ilaihi rajiun. Baru dapat berita Pak Aq Kedah meninggal dunia pagi ini. Banyak perkara sempat kami kongsikan bersama. Keinginan, hajatnya, dan doanya masa awal PKP hari tu.

Ingin menyediakan tempat tinggal buat isteri dan anak cucunya yang baik dan selesa. Ingin hantar cucu ke tahfiz dan sekolah yang baik. Sayu masa dapat angkat Pak Aq bawa ke ambulans masa tu. Sempat pindah ke rumah baru. Saya cakap padanya mungkin esok lusa kita dah tiada. Baki hidup ini kita siapkan bekalan dengan mendidik anak cucu dengan Islam dan kebaikan.

Pak Aq waktu sekejap kami bersama Pak Aq menjadi pelajaran kehidupan buat saya dan team. Terima kaseh penduduk setempat dan ajk masjid, jkkk,dan semua yang membantu menguruskan pengkebumian Pak Aq hari ini. Allah sayang semua.

Pak Aq orang baik. Semoga segala ujian dan kesusahan yang Pak Aq lalui menjadi asbab syurga untuk Pak Aq. Allah sayang Pak Aq. Semoga Allah ampuni dan cucuri rahmat ke atas jenazah beliau. Allah jagakan keluarganya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *