Kucing Dipersalahkan Kerana Bercerai, Dianggap Sebagai Pihak Ketiga

Di Singapura terdapat satu kes suami isteri bercerai dan telah dilaporkan ianya berpunca kerana seekor kucing dan telah dipersalahkan kerana menjadi pihak ketiga.

Menurut laman portal Oddity Central, pasangan yang sudah berkahwin selama 45 tahun semenjak 1975 telah bercerai, mereka dikhabarkan tinggal berasingan sejak 14 tahun yang lepas. Mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata. (GAMBAR SEBAGAI HIASAN)

Perceraian pasangan berkenaan itu dibuat oleh Hakim Sheik Mustafa Abu Hassan pada 21 Mei lalu. Dikatakan si isteri menjadi terlalu obses dengan kucingnya

Konflik rumah tangga mereka telah pun bermula semenjak tahun 1997 apabila si isteri menunjukkan minatnya pada kucing jalanan. Dia telah memberi makan kepada kucing jalan dan membawa pulang ke rumah

Si isteri telah berubah semenjak dia bermimpi tentang ibunya yang telah pun meninggalkan dunia ini. Ibunya berpesan supaya berbuat baik dengan kucing.

Dek kerana bau kucing jalan, kesabaran suaminya teruji dan lama kelamaan ia juga telah mengundang rasa kurang senang kerana haiwan comel itu bergerak bebas di dalam rumah serta membuang kotoran di merata tempat kerana tidak dilatih menggunakan tandas.

Jiran telah membuat aduan kerana terdapat kesan najis dan air kencing ditemui di luar rumah, polis dan pihak berkuasa juga datang memberi amaran kepada wanita itu tetapi tidak pernah diendahkan olehnya. Malah wanita itu tidak berhenti menambah bilangan kucing peliharaan di rumah itu

Oleh kerana tidak selesa dengan katil yang dipenuhi kucing, suami kepada wanita itu telah mengambil keputusan untuk tidur di atas tikar berasingan daripada isterinya.

Disebabkan tidak selesa dengan keadaan katil yang dipenuhi kucing, suami wanita berkenaan mengambil keputusan tidur di atas tikar iaitu berasingan daripada isterinya . Pada tahun 2003 si suami telah menghubungi polis tapi tidak dapat berbuat apa-apa kerana isu itu domestik.

Dia telah menjauhkan diri daripada isteri dan kemuncak pada tahun 2006 apabila salah seekor kucing telah kencing di atas badannya semasa tidur. Lelaki itu nekad untuk keluar dari rumah dan tinggal bersama abangnya.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *