Kucing Ditemui Dalam Mesin Basuh

Kucing merupakan makhluk peliharaan manusia yang paling banyak dibela di dalam rumah. Saiz yang kecil serta kecomelan mereka menyebabkan kucing menjadi antara haiwan yang paling disayangi untuk dibela.

Lebih kurang pukul 5.30 pagi hari ini, kelibat rakaman litar tertutup berjaya merakam gambar seorang lelaki yang telah memasukkan kucing ke dalam mesin basuh. Hingga menyebabkan kucing itu tidak dapat bernafas dan lemas.

Kejadian itu disedari pada pukul 9 pagi oleh seorang wanita berusia 30- an yang mahu menggunakan mesin basuh di dobi tersebut, Dia yang amat terkejut apabila mendapati 3 ekor kucing berada dalam mesin basuh segera membuat laporan di Balai Polis Taman Ehsan.

Kejadian berjaya dirakam kamera litar tertutup, dan muka pelaku juga berjaya dirakamkan. Kejadian ini tular di media sosial dan wajah si pelaku. Netizen mahu tindakan segera diambil oleh pihak berkuasa. Kejadian yang hampir serupa pernah berlaku pada 5 Disember tahun lalu.

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *