Wanita Purdah Selamatkan Lelaki Yang Letak Kucing Dalam Mesin Basuh

Semalam kita dikejutkan dengan berita kucing 3 ekor telah diletakkan dalam sebuah mesin basuh, yang menyebabkan rakyat Malaysia bersimpati dengan nasib kucing tersebut.

Ramai yang meluahkan rasa sedih dan ingin mencari si pelaku, tetapi ada juga yang simpati akan bakal nasib lelaki tersebut jika ditemui orang ramai.

Seorang wanita yang mengenali lelaki tersebut telah bertindak mencari si pelaku kerana lelaki tersebut kurang siuman. Dia yang bernama Nur Hafizah berumur 38 tahun telah mencari lelaki tersebut kerana risau jika lelaki tersebut bertemu orang ramai.

Hafizah menyedari tentang kejadian itu setelah gambar lelaki tersebut tular dan turut dikongsi oleh penduduk di Aman Puri

Si pelaku yang merupakan seorang lelaki merupakan orang yang kurang siuman dan hidup gelandangan setelah pemergian arwah ibu dan ayahnya. Kebiasaan lelaki itu akan merayau dan berjalan kaki dari Aman Puri ke Taman Ehsan Kepong.

Hafizah nekad mencari lelaki tersebut malam tadi kerana risau jika orang lain yang menemuinya. Mujur lelaki tersebut sempat ditemui kira kira jam 9 malam. Dia terus membawa lelaki tersebut ke rumah dan menghubungi pihak polis.

Lelaki tersebut langsung tidak bertindak agresif dan tak lama kemudian polis datang  kira kira pukul 12 malam. Dia sempat memberitahu tentang keadaan lelaki tersebut dan berharap lelaki itu dibawa ke hospital untuk pemeriksaan.

Dia Nur Hafizah penyelamat turut dikecam kerana dituh sebagai isteri kepada lelaki itu. Tetapi dia hanya ingin menyelamatkan lelaki tersebut kerana pelaku merupakan lelaki kurang siuman.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *