Aksi Hamster Melarikan Diri Seperti Ninja Berjaya Dirakam

Kuro merupakan seekor Hamster comel berwarna hitam dan putih  yang berusia 6 bulan. Walaupun dirinya merupakan seekor hamster tetapi kelakuannya tidak seperti hamster yang lain. Dia lebih mirip seperti seorang ninja upahan yang sangat terlatih.

Kebiasaannnya hamster akan duduk di dalam sangkar dan akan berlari di dalam wheel run sehingga keletihan lalu tertidur. Tetapi lain pula bagi kuro yang memanjat seperti ninja.

Gambar Kuro memanjat dinding seakan akan spiderman telah ditangkap oleh tuannya dan telah diupload ke internet. Tuan kuro yang bernama Yuka Hirata berumur 22 tahun duduk di Kanagawa Prefecture Japan berjaya menangkap gambar hamster belaaannya.

Kuro telah melepaskan diri daripada sangkar dan memanjat ke atas dinding secara senyap seakan akan seekor ninja yang terlatih. Kedua pasang kakinya melekat ke arah dinding dan cubaan memanjat nya dilakukan oleh hamster tersebut.

Yuka telah berkongsi gambar nya itu di dalam media sosial dan telah ditonton lebih 600,000 orang. Yuka tiba tiba dapat mengesan ada sesuatu yang berada di dinding dan segalanya seperti gambar yang pegun. Ini bukan kali pertama kuro cuba melarikan diri tetapi ini kali pertama dia telah memanjat dinding seperti seekor ninja.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *